Alpha Lipid Lifeline, Alpha Lipid Colostrum dan Slim Diet II ialah makanan kesihatan, kecergasan dan kelangsingan keluaran New Image International, New Zealand dan dipasarkan di Malaysia oleh N.Z.New Image Sdn.Bhd. Hubungi Representatif New Image Dzulhijah Sokarno untuk menikmati sari nutrisi dan keajaiban makanan tambahan ini. Telefon 0176782917 atau e-mel dzulhijah@gmail.com, sekarang.

Tuesday, February 2, 2010

BOROI SARANG KENCING MANIS

BOROI atau abdominal obesity berpunca daripada longgokan lemak pada bahagian abdomen. Longgokan lemak ini menyebabkan perut menjadi buncit dan lilitan pinggang melebar.

[Kata boroi berasal daripada loghat Kedah bermaksud perut buncit. Manakala kata perut dalam bahasa Melayu bermaksud bahagian badan antara pinggang dengan dada. Sebenarnya perut dalam bahasa Melayu itu merujuk kepada abdomen, yakni rongga bahagian tengah badan yang mengandungi organ perut, usus, buah pinggang, hati dan pankreas.]

Berapakah ukuran lilitan pinggang tubuh yang boroi? International Diabetes Federation menetapkan lilitan pinggang melebihi 90 sentimeter bagi lelaki dan 80 sentimeter bagi perempuan Melayu, Cina dan India.

Berasaskan ketetapan IDF itu dan berbekalkan tali pita pengukur, sebanyak 33,985 penduduk negara ini telah diukur lilitan pinggang mereka pada tahun 2006 dalam Banci Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan Ke-III. Dapatan banci tersebut mendapati dalam setiap 100 penduduk Malaysia, 17 orang boroi.

[Banci itu juga mendapati dalam setiap 100 penduduk dewasa, 15 orang mengidap kencing manis!]

Tidak seperti pandangan mata, banci tersebut mendapati kejadian boroi dalam kalangan wanita mengatasi kejadian boroi kaum lelaki. Dalam setiap 100 perempuan, 26 orang didapati boroi; dalam setiap 100 lelaki, hanya 7 orang yang boroi. Hanya pakaian wanita Malaysia yang mengabui mata lelaki daripada terlihat perut buncit mereka.

Namun yang lebih merungsingkan para doktor bukanlah perut yang buncit, tetapi longgokan lemak dalam perut yang buncit yang mengundang kehadiran penyakit-penyakit kroniklemah jantung, kencing manis, darah tinggi, sakit buah pinggang dan barah payu dara.

Kerungsingan para doktor memang berasas. Boroi merupakan petunjuk utama kegemukan atau obesity. Kejadian kegemukan dan penyakit kencing manis pula semakin meningkat dan kadar peningkatannya ketara selanjar.

Laporan tahunan Heart and Stroke Foundation, Kanada, misalnya, mendapati antara tahun 1994 dan 2005, kadar kegemukan penduduk Kanada yang berusia 35 hingga 49 tahun meningkat sebanyak 20 peratus. Beriringan dengan peningkatan kadar kegemukan tersebut ialah peningkatan penghidap darah tinggi sebanyak 127 peratus dan penghidap kencing manis 64 peratus!

Lebih menakutkan ialah dapatan kajian yayasan tersebut yang menunjukkan, dewasa ini, orang muda yang berusia 20 hingga 30 tahun, wanita berusia 35 hingga 45 tahun, dan kalangan yang berusia 50 hingga 64 tahun lebih terdedah kepada ancaman sakit jantung berbanding sedekad yang lalu.

Dalam tempoh sedekad, 19962006, orang dewasa penghidap kencing manis di negara ini meningkat sebanyak 80 peratus kepada 1.4 juta orang. Demikian catatan Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Tan Sri Dr. Mohd Ismail Merican dalam buletin Persatuan Perubatan Malaysia.

Beliau seterusnya berkata: “Kejadian kegemukan juga meningkat. Dalam tempoh 10 tahun itu, Banci Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan Ke-III menunjukkan bilangan penghidap kegemukan telah bertambah sebanyak 200 peratus. Perangkaan ini membimbangkan. Kegemukan adalah batu loncatan penyakit kencing manis.”


Fenomena inigandingan kegemukan dan kencing manistelah melahirkan istilah baharu: diabesity. Cantuman diabetes dengan obesity. Istilah ini ditujukan kepada pesakit kencing manis yang gemuk.

‘Hand in hand with the obesity rates is a rocketing rate of diabetes. In America, they are even coining a new word for it: diabesity.’

(Guardian, 10 Mei 2003)

‘In the US, diabesity is a trademark of a non-profit organisation, Shape Up America, which raises awareness of the health effects of obesity and promotes a healthy lifestyle.’

(World Wide Words, 1 Februari 2010)

Bagaimanakah menghapuskan boroi dan seterusnya mencegah kegemukan dan kencing manis? Amalkan pemakanan sihat dengan mengurangkan pengambilan makanan berkanji, berlemak dan bergula. Bekalkan badan kita dengan protin secukupnya, serta makanan berserat dan kaya dengan vitamin dan mineral.

New Image International, New Zealand memperkenalkan SLIM DIET II, produk kesihatan dan kelangsingan yang kaya dengan pati protein kacang soya, asid amino perlu, serat, vitamin dan mineral bagi menyahkan boroi dan kegemukan dan menghalang serangan kencing manis.


Hubungi Representatif New Image Dzulhijah Sokarno untuk menikmati sari nutrisi dan manfaat kesihatan dalam SLIM DIET II. Telefon 0176782917 atau e-mel kepada dzulhijah@gmail.com, sekarang.

No comments:

Post a Comment