Alpha Lipid Lifeline, Alpha Lipid Colostrum dan Slim Diet II ialah makanan kesihatan, kecergasan dan kelangsingan keluaran New Image International, New Zealand dan dipasarkan di Malaysia oleh N.Z.New Image Sdn.Bhd. Hubungi Representatif New Image Dzulhijah Sokarno untuk menikmati sari nutrisi dan keajaiban makanan tambahan ini. Telefon 0176782917 atau e-mel dzulhijah@gmail.com, sekarang.

Friday, February 25, 2011

KOLOSTRUM BUKAN SUSU

SOALAN: ADAKAH KOLOSTRUM SEJENIS SUSU?

JAWAPAN: Bukan. Kolostrum bukan susu. Cairan kolostrum dibekalkan oleh ibu kepada anak dalam tempoh 72 jam pertama selepas dilahirkan. Cairan kolostrum paling ideal ialah yang dikeluarkan dalam tempoh enam jam pertama selepas ibu bersalin.

Memang kolostrum dikeluarkan menerusi saluran penyusuan ibu, sama ada manusia atau haiwan, namun kolostrum bukan susu.

Kajian saintifik menunjukkan bahawa cairan kolostrum yang dikeluarkan oleh saluran penyusuan ibu itu mengandungi zat daripada sistem peredaran darah ibu. Oleh itu kolostrum kaya dengan antibodi dan sangat sedikiti kandungan laktosnya. Komposisi protin kolostrum juga berbeza dengan kandungan protin dalam susu.

Protin utama dalam kolostrum ialah thymosin alpha, lactoferrin, insulin, immunoglobulin dan protin perangsang pertumbuhan. Protin ini sangat penting dalam menguja pertumbuhan tisu dan pencegahan serangan kuman.

PENEMUAN TERBAHARU: KEAJAIBAN KOLOSTRUM


'Scientist find bovine colostrum* can massively reduce leaky gut syndrome'

*Kolostrum terbaik dalam pasaran pengguna ialah Alpha Lipid Colostrum yang mengandungi kolostrum gred terbaik dari New Zealand.

Tuesday, April 6, 2010


Petikan daripada laporan penyelidikan bertajuk 'Effect of a growth protein-colostrum fraction on bone development in juvenile rats' dalam jurnal Bioscience, Biotechnology, Biochemistry Vol. 72 (2008) terbitan Japan Society for Bioscience, Biotechnology and Agrochemistry:

"Colostrum is a complex mixture of bioactives that promotes neonate growth. Studies show that it contains components capable of promoting bone formation and inhibiting bone reabsorption.

A bovine colostrum 1–30 kDa fraction, Growth Protein-Colostrum (GP-C), was administered to juvenile rats as a dietary supplement to determine effects on growth and development.

GP-C enhanced the growth and mineralization of the femur as evidenced by increased serum osteocalcin and bone mineral density. Increased levels of serum growth hormone and insulin-like growth factor-1 suggest that the mechanism of enhanced growth is partially controlled by endocrine factors.

GP-C was also found to increase osteoblast proliferation in vitro, a finding that indicates a possible mechanism of action of GP-C, but further studies are required.

Based on our findings, we hypothesize that a colostrum-based dietary supplement enhances bone growth and development in humans."

Laporan penuh dalam fromat PDF.

(Penyelidik: Jeongrai Lee, Suk-Hyung Kwon, dan Hyun-Mi Kim dari RexGen Biotech Corporation Limited; Stefan N Fahey dan Derek R Knighton dari AgResearch Limited; dan Andrew Sansom dari Centre for Innovation, Seperex Limited.)

Segelas susu ALPHA LIPID LIFELINE membekalkan 2000 miligram kolostrum. Manakala sebiji pil ALPHA LIPID COLOSTRUM pula membekalkan 500 miligram kolostrum. Kedua-duanya merupakan kolostrum terbaik New Zealand.

Wednesday, February 10, 2010

OBESITI PINTU MASUK PENYAKIT KRONIK

Petikan berita bertajuk 'Obesity now a major health concern' daripada NST Online 2 Februari 2010:

'Malaysians' penchant for skipping breakfast and eating late, especially at night, coupled with a sedentary lifestyle is ruining their figure and health.

Health Minister Datuk Seri Liow Tiong Lai said obesity is becoming the major health issue with the number of obese people almost tripling in the past 15 years from four per cent in 1996 to 14 percent in 2010.

And since obesity is the gateway to other chronic diseases such as high blood pressure, heart and kidney problems, he said the risk of more Malaysians developing these diseases will become greater in future.' Berita sepenuhnya.

Petunjuk utama obesiti ialah perut buncit atau boroi. Perut menjadi buncit dan kelihatan boroi kerana longgokan lemak dalam ruang tengah badan antara dada dan pinggang.

Lelaki dikatakan boroi apabila lilitan pinggangnya melebihi 90 sentimeter. Manakala lilitan pinggang perempuan boroi ialah 80 sentimeter ke atas. Demikian piawaian yang ditetapkan oleh International Diabetes Federation bagi rumpun Melayu, Cina dan India.

Bagaimanakah mencegah boroi dan seterusnya menghalang jangkitan obesiti serta menjauhkan penyakit kronik seperti darah tinggi, sakit jantung dan sakit buah pinggang?

Amalkan cara hidup sihat dan pemakanan sihat. Kurangkan makanan berkanji, berlemak dan bergula. Longgokan lemak dalam ruang tengah badan akan dibakar secara semula jadi untuk mengekalkan bekalan tenaga untuk kehidupan yang cergas.

Serentak dengan 'pantang kanji-lemak-gula' itu, bekalkan badan kita dengan protin secukupnya, khususnya protin yang bebas daripada lemak dan kolesterol. Sumber makanan yang kaya dengan protin tersebut ialah pati protin kacang soya.

SLIM DIET II, keluaran New Image International, merupakan produk kesihatan dan kelangsingan yang kaya dengan pati protin kacang soya, asid amino perlu, serat, vitamin dan mineral. Produk ini boleh membantu anda menyahkan boroi, mencegah obesiti dan menghalang serangan penyakit-penyakit kronik.

Hubungi Representatif New Image Dzulhijah Sokarno untuk menikmati sari nutrisi dan manfaat kesihatan dalam SLIM DIET II. Telefon 0176782917 atau e-mel dzulhijah@gmail.com, sekarang.

Sunday, February 7, 2010

ALPHA LIPID DAN SD II HALAL



Keraguan terjawab. Mengapakah logo halal Alpha Lipid Lifeline dan Slim Diet II berbeza dengan logo halal Malaysia?

Logo HALAL Malaysia:

Logo HALAL pada tin Alpha Lipid Lifeline dan Slim Diet II:


Produk New Image International, New Zealand seperti Alpha Lipid Lifeline dan Slim Diet II dikilangkan di New Zealand. Kedua-dua produk tersebut mendapat pengiktirafan halal dan diberikan sijil halal oleh New Zealand Islamic Processed Food Management yang berpejabat di Wellington, New Zealand.

New Zealand Islamic Processed Food Management diiktiraf oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sebagai pertubuhan Islam dan disenaraikan dalam dokumen Islamic Organisations Recognised by JAKIM.

Petikan muka depan dokumen JAKIM tersebut:
Petikan badan Islam dan logo HALAL badan berkenaan:


New Zealand Islamic Processed Food Management ialah anak syarikat New Zealand Islamic Meat Management Incorporated. Badan ini juga tersenarai dalam Badan Antarabangsa Yang Diiktiraf dalam laman web Halal Industry Corporation, Malaysia.

Alpha Lipid Lifeline dan Slim Diet II dipasarkan di Malaysia oleh
N.Z. New Image Sendirian Berhad. Hubungi Representatif New Image Dzulhijah Sokarno, telefon 0176782917 atau e-mel dzulhijah@gmail.com, untuk menikmati keajaiban sari nutrisinya serta melestarikan kesihatan, kecergasan dan kelangsingan.

Thursday, February 4, 2010

KOLOSTRUM - ZAT AJAIB PENCEGAH PENUAAN

Susu ibu kaya dengan zat ajaib, kolostrum. Namun susu ibu lembu lebih sarat dengan zat ajaib itu kerana anak lembu bergantung sepenuhnya kepada zat tersebut untuk hidup, membesar dan terlindung daripada serangan kuman.

Susu ibu lembu, khususnya yang dikeluarkan dalam tiga hari selepas melahirkan anaknya, mengandungi 20 kali ganda kolostrum berbanding susu ibu. Saintis membuktikan bahawa kolostrum dalam susu ibu lembu itu sangat kaya dengan protin, zat pertumbuhan, zat ketahanan, vitamin dan mineral. Kekayaan kolostrum dengan zat-zat tersebut dan sumbangan pentingnya dalam kelangsungan hidup mamalia menyebabkannya mendapat jolokan superfood, ‘ibu makanan’.

Ibu makanan penyokong kehidupan ini mengandungi lebih daripada 90 nutrisi yang terkelompok kepada tiga kumpulan zatzat pertumbuhan, zat ketahanan dan zat kecergasan.

Apakah zat pertumbuhan? Zat pertumbuhan ialah bahan yang merangsang sel bercambah, bertumbuh dan berkembang menjurus kepada bentuk dan tugasnya yang khusus. Antara zat pertumbuhan utama dalam kolostrum ialah EgF (epithelial growth factor), IGF (insulin-like growth factor), FgF (fibroblast growth factor), PDGF (platelet-derived growth factor), TgA (transforming growth factor A), TgB (transforming growth factor B) dan GH (growth hormone).

[IGF dan GH misalnya, bersama-sama bertanggungjawab kepada pertumbuhan dan penyuburan organ-organ penting seperti otak, hati dan buah pinggang; PDGF pula bertanggung jawab dalam pertumbuhan dan penyuburan saluran darah; manakala FgF bertugas sebagai perangsang pertumbuhan tisu baru bagi menyembuhkan luka.]

Kesemua zat pertumbuhan tersebut didapati merangsang pembentukan binaan asas sel, DNA (deoxyribonucleic acid) dan RNA (ribonucleic acid). Sel yang giat terbina dan binaannya sempurna akan membantu penyuburan, pelestarian dan pemulihan tisu badan. Oleh itu otot dan tulang kekal kental dan kukuh. Begitu juga tisu saraf, tisu penghubung organ-organ badan, kulit dan rawan. Kulit kekal segar dan tegang, sendi ampuh dan utuh. Penyembuhan luka menjadi lebih pantas.

Kajian menunjukkan zat pertumbuhan ini juga merangsang penjanaan lebih banyak sel T yang membantu sel darah putih dalam kerja-kerja pertahanan badan daripada serangan kuman dan serangan sel barah, menyeimbangkan kandungan glukos dalam darah dan seterusnya mengurangkan kebergantungan kepada insulin, dan membantu tubuh membakar lemak lebihan.

[Sel T mendapat namanya daripada kelenjar timus (thymus gland), tempat sel itu dididik hingga matang dan gagah. Sel T sebenarnya sejenis sel darah putih yang sangat penting dalam mempertahan tubuh daripada serangan kuman. Sel T meronda bagai askar, mengesan dan menghapuskan penceroboh. Sel T juga mengeluarkan sejenis protin, cytokine, yang merangsang keseluruhan sistem pertahanan badan terhadap serangan makhluk perosak.]

Pembakaran lemak lebihan untuk menghasilkan tenaga sangat penting tatkala berpuasa, berpantang makan dan hilang selera makan. Tanpa zat pertumbuhan, proses metabolisme dalam badan lebih cenderung membakar protin dalam tisu otot dan kulit. Akibatnya badan menjadi kurus, bukan kerana kehilangan lemak, tetapi kehilangan protin dalam otot dan kulit. Muka jadi cengkong, kulit kering menggeleber. Zat pertumbuhan daripada kolostrum mencegah kesan buruk ini.

Impak keseluruhannya ialah memperlahan proses penuaan, mengekalkan kecergasan dan rasa ceria, memantapkan daya tumpuan dan kesiapsiagaan (alertness).

Impak ini boleh dirasai dengan mengambil susu Alpha Lipid Lifeline setiap pagi secara berterusan. Susu Alpha Lipid Lifeline membekalkan zat ajaib pencegah penuaan. Segelas susu ini mengandungi 2,000 miligram kolostrum terbaik New Zealand yang diadun dengan 45 miligram lemak susu Alpha Lipid bagi menjamin penyerapan sepenuhnya oleh usus.

Alpha Lipid Lifeline dikeluarkan oleh New Image International, New Zealand. Hubungi Representatif New Image Dzulhijah Sokarno untuk menikmati sari nutrisi dan manfaat kesihatan dalam Alpha Lipid Lifeline. Telefon 0176782917 atau e-mel kepada dzulhijah@gmail.com, sekarang.

Tuesday, February 2, 2010

BOROI SARANG KENCING MANIS

BOROI atau abdominal obesity berpunca daripada longgokan lemak pada bahagian abdomen. Longgokan lemak ini menyebabkan perut menjadi buncit dan lilitan pinggang melebar.

[Kata boroi berasal daripada loghat Kedah bermaksud perut buncit. Manakala kata perut dalam bahasa Melayu bermaksud bahagian badan antara pinggang dengan dada. Sebenarnya perut dalam bahasa Melayu itu merujuk kepada abdomen, yakni rongga bahagian tengah badan yang mengandungi organ perut, usus, buah pinggang, hati dan pankreas.]

Berapakah ukuran lilitan pinggang tubuh yang boroi? International Diabetes Federation menetapkan lilitan pinggang melebihi 90 sentimeter bagi lelaki dan 80 sentimeter bagi perempuan Melayu, Cina dan India.

Berasaskan ketetapan IDF itu dan berbekalkan tali pita pengukur, sebanyak 33,985 penduduk negara ini telah diukur lilitan pinggang mereka pada tahun 2006 dalam Banci Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan Ke-III. Dapatan banci tersebut mendapati dalam setiap 100 penduduk Malaysia, 17 orang boroi.

[Banci itu juga mendapati dalam setiap 100 penduduk dewasa, 15 orang mengidap kencing manis!]

Tidak seperti pandangan mata, banci tersebut mendapati kejadian boroi dalam kalangan wanita mengatasi kejadian boroi kaum lelaki. Dalam setiap 100 perempuan, 26 orang didapati boroi; dalam setiap 100 lelaki, hanya 7 orang yang boroi. Hanya pakaian wanita Malaysia yang mengabui mata lelaki daripada terlihat perut buncit mereka.

Namun yang lebih merungsingkan para doktor bukanlah perut yang buncit, tetapi longgokan lemak dalam perut yang buncit yang mengundang kehadiran penyakit-penyakit kroniklemah jantung, kencing manis, darah tinggi, sakit buah pinggang dan barah payu dara.

Kerungsingan para doktor memang berasas. Boroi merupakan petunjuk utama kegemukan atau obesity. Kejadian kegemukan dan penyakit kencing manis pula semakin meningkat dan kadar peningkatannya ketara selanjar.

Laporan tahunan Heart and Stroke Foundation, Kanada, misalnya, mendapati antara tahun 1994 dan 2005, kadar kegemukan penduduk Kanada yang berusia 35 hingga 49 tahun meningkat sebanyak 20 peratus. Beriringan dengan peningkatan kadar kegemukan tersebut ialah peningkatan penghidap darah tinggi sebanyak 127 peratus dan penghidap kencing manis 64 peratus!

Lebih menakutkan ialah dapatan kajian yayasan tersebut yang menunjukkan, dewasa ini, orang muda yang berusia 20 hingga 30 tahun, wanita berusia 35 hingga 45 tahun, dan kalangan yang berusia 50 hingga 64 tahun lebih terdedah kepada ancaman sakit jantung berbanding sedekad yang lalu.

Dalam tempoh sedekad, 19962006, orang dewasa penghidap kencing manis di negara ini meningkat sebanyak 80 peratus kepada 1.4 juta orang. Demikian catatan Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Tan Sri Dr. Mohd Ismail Merican dalam buletin Persatuan Perubatan Malaysia.

Beliau seterusnya berkata: “Kejadian kegemukan juga meningkat. Dalam tempoh 10 tahun itu, Banci Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan Ke-III menunjukkan bilangan penghidap kegemukan telah bertambah sebanyak 200 peratus. Perangkaan ini membimbangkan. Kegemukan adalah batu loncatan penyakit kencing manis.”


Fenomena inigandingan kegemukan dan kencing manistelah melahirkan istilah baharu: diabesity. Cantuman diabetes dengan obesity. Istilah ini ditujukan kepada pesakit kencing manis yang gemuk.

‘Hand in hand with the obesity rates is a rocketing rate of diabetes. In America, they are even coining a new word for it: diabesity.’

(Guardian, 10 Mei 2003)

‘In the US, diabesity is a trademark of a non-profit organisation, Shape Up America, which raises awareness of the health effects of obesity and promotes a healthy lifestyle.’

(World Wide Words, 1 Februari 2010)

Bagaimanakah menghapuskan boroi dan seterusnya mencegah kegemukan dan kencing manis? Amalkan pemakanan sihat dengan mengurangkan pengambilan makanan berkanji, berlemak dan bergula. Bekalkan badan kita dengan protin secukupnya, serta makanan berserat dan kaya dengan vitamin dan mineral.

New Image International, New Zealand memperkenalkan SLIM DIET II, produk kesihatan dan kelangsingan yang kaya dengan pati protein kacang soya, asid amino perlu, serat, vitamin dan mineral bagi menyahkan boroi dan kegemukan dan menghalang serangan kencing manis.


Hubungi Representatif New Image Dzulhijah Sokarno untuk menikmati sari nutrisi dan manfaat kesihatan dalam SLIM DIET II. Telefon 0176782917 atau e-mel kepada dzulhijah@gmail.com, sekarang.