"Colostrum is a complex mixture of bioactives that promotes neonate growth. Studies show that it contains components capable of promoting bone formation and inhibiting bone reabsorption.A bovine colostrum 1–30 kDa fraction, Growth Protein-Colostrum (GP-C), was administered to juvenile rats as a dietary supplement to determine effects on growth and development.GP-C enhanced the growth and mineralization of the femur as evidenced by increased serum osteocalcin and bone mineral density. Increased levels of serum growth hormone and insulin-like growth factor-1 suggest that the mechanism of enhanced growth is partially controlled by endocrine factors.GP-C was also found to increase osteoblast proliferation in vitro, a finding that indicates a possible mechanism of action of GP-C, but further studies are required.Based on our findings, we hypothesize that a colostrum-based dietary supplement enhances bone growth and development in humans."Laporan penuh dalam fromat PDF.
Tuesday, April 6, 2010
Wednesday, February 10, 2010
OBESITI PINTU MASUK PENYAKIT KRONIK
Sunday, February 7, 2010
ALPHA LIPID DAN SD II HALAL
Thursday, February 4, 2010
KOLOSTRUM - ZAT AJAIB PENCEGAH PENUAAN
Susu ibu kaya dengan zat ajaib, kolostrum. Namun susu ibu lembu lebih sarat dengan zat ajaib itu kerana anak lembu bergantung sepenuhnya kepada zat tersebut untuk hidup, membesar dan terlindung daripada serangan kuman.
Apakah zat pertumbuhan? Zat pertumbuhan ialah bahan yang merangsang sel bercambah, bertumbuh dan berkembang menjurus kepada bentuk dan tugasnya yang khusus. Antara zat pertumbuhan utama dalam kolostrum ialah EgF (epithelial growth factor), IGF (insulin-like growth factor), FgF (fibroblast growth factor), PDGF (platelet-derived growth factor), TgA (transforming growth factor A), TgB (transforming growth factor B) dan GH (growth hormone).
Kesemua zat pertumbuhan tersebut didapati merangsang pembentukan binaan asas sel, DNA (deoxyribonucleic acid) dan RNA (ribonucleic acid). Sel yang giat terbina dan binaannya sempurna akan membantu penyuburan, pelestarian dan pemulihan tisu badan. Oleh itu otot dan tulang kekal kental dan kukuh. Begitu juga tisu saraf, tisu penghubung organ-organ badan, kulit dan rawan. Kulit kekal segar dan tegang, sendi ampuh dan utuh. Penyembuhan luka menjadi lebih pantas.
Kajian menunjukkan zat pertumbuhan ini juga merangsang penjanaan lebih banyak sel T yang membantu sel darah putih dalam kerja-kerja pertahanan badan daripada serangan kuman dan serangan sel barah, menyeimbangkan kandungan glukos dalam darah dan seterusnya mengurangkan kebergantungan kepada insulin, dan membantu tubuh membakar lemak lebihan.
Tuesday, February 2, 2010
BOROI SARANG KENCING MANIS
BOROI atau abdominal obesity berpunca daripada longgokan lemak pada bahagian abdomen. Longgokan lemak ini menyebabkan perut menjadi buncit dan lilitan pinggang melebar.
[Kata boroi berasal daripada loghat Kedah bermaksud perut buncit. Manakala kata perut dalam bahasa Melayu bermaksud bahagian badan antara pinggang dengan dada. Sebenarnya perut dalam bahasa Melayu itu merujuk kepada abdomen, yakni rongga bahagian tengah badan yang mengandungi organ perut, usus, buah pinggang, hati dan pankreas.]
Berapakah ukuran lilitan pinggang tubuh yang boroi? International Diabetes Federation menetapkan lilitan pinggang melebihi 90 sentimeter bagi lelaki dan 80 sentimeter bagi perempuan Melayu, Cina dan India.
Berasaskan ketetapan IDF itu dan berbekalkan tali pita pengukur, sebanyak 33,985 penduduk negara ini telah diukur lilitan pinggang mereka pada tahun 2006 dalam Banci Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan Ke-III. Dapatan banci tersebut mendapati dalam setiap 100 penduduk Malaysia, 17 orang boroi.
[Banci itu juga mendapati dalam setiap 100 penduduk dewasa, 15 orang mengidap kencing manis!]
Tidak seperti pandangan mata, banci tersebut mendapati kejadian boroi dalam kalangan wanita mengatasi kejadian boroi kaum lelaki. Dalam setiap 100 perempuan, 26 orang didapati boroi; dalam setiap 100 lelaki, hanya 7 orang yang boroi. Hanya pakaian wanita Malaysia yang mengabui mata lelaki daripada terlihat perut buncit mereka.
Namun yang lebih merungsingkan para doktor bukanlah perut yang buncit, tetapi longgokan lemak dalam perut yang buncit yang mengundang kehadiran penyakit-penyakit kronik─lemah jantung, kencing manis, darah tinggi, sakit buah pinggang dan barah payu dara.
Kerungsingan para doktor memang berasas. Boroi merupakan petunjuk utama kegemukan atau obesity. Kejadian kegemukan dan penyakit kencing manis pula semakin meningkat dan kadar peningkatannya ketara selanjar.
Laporan tahunan Heart and Stroke Foundation, Kanada, misalnya, mendapati antara tahun 1994 dan 2005, kadar kegemukan penduduk Kanada yang berusia 35 hingga 49 tahun meningkat sebanyak 20 peratus. Beriringan dengan peningkatan kadar kegemukan tersebut ialah peningkatan penghidap darah tinggi sebanyak 127 peratus dan penghidap kencing manis 64 peratus!
Lebih menakutkan ialah dapatan kajian yayasan tersebut yang menunjukkan, dewasa ini, orang muda yang berusia 20 hingga 30 tahun, wanita berusia 35 hingga 45 tahun, dan kalangan yang berusia 50 hingga 64 tahun lebih terdedah kepada ancaman sakit jantung berbanding sedekad yang lalu.
Dalam tempoh sedekad, 1996─2006, orang dewasa penghidap kencing manis di negara ini meningkat sebanyak 80 peratus kepada 1.4 juta orang. Demikian catatan Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Tan Sri Dr. Mohd Ismail Merican dalam buletin Persatuan Perubatan Malaysia.
Beliau seterusnya berkata: “Kejadian kegemukan juga meningkat. Dalam tempoh 10 tahun itu, Banci Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan Ke-III menunjukkan bilangan penghidap kegemukan telah bertambah sebanyak 200 peratus. Perangkaan ini membimbangkan. Kegemukan adalah batu loncatan penyakit kencing manis.”
Fenomena ini─gandingan kegemukan dan kencing manis─telah melahirkan istilah baharu: diabesity. Cantuman diabetes dengan obesity. Istilah ini ditujukan kepada pesakit kencing manis yang gemuk.
‘Hand in hand with the obesity rates is a rocketing rate of diabetes. In America, they are even coining a new word for it: diabesity.’
(Guardian, 10 Mei 2003)
‘In the US, diabesity is a trademark of a non-profit organisation, Shape Up America, which raises awareness of the health effects of obesity and promotes a healthy lifestyle.’
(World Wide Words, 1 Februari 2010)
Bagaimanakah menghapuskan boroi dan seterusnya mencegah kegemukan dan kencing manis? Amalkan pemakanan sihat dengan mengurangkan pengambilan makanan berkanji, berlemak dan bergula. Bekalkan badan kita dengan protin secukupnya, serta makanan berserat dan kaya dengan vitamin dan mineral.
New Image International, New Zealand memperkenalkan SLIM DIET II, produk kesihatan dan kelangsingan yang kaya dengan pati protein kacang soya, asid amino perlu, serat, vitamin dan mineral bagi menyahkan boroi dan kegemukan dan menghalang serangan kencing manis.
Hubungi Representatif New Image Dzulhijah Sokarno untuk menikmati sari nutrisi dan manfaat kesihatan dalam SLIM DIET II. Telefon 0176782917 atau e-mel kepada dzulhijah@gmail.com, sekarang.
Monday, February 1, 2010
'DIABESITY' SI MANIS PEMBUNUH
DIABESITY, ialah nama dalam bahasa Inggeris bagi kembar diabetes dan obesity.
Nama ini tercatat dalam laman web World Wide Words. Belum ada nama seumpamanya dalam bahasa Melayu, tetapi kencing manis bagi diabetes dan kegemukan bagi obesity sudah diketahui ramai. Demikian juga lampau berat bagi overweight.
Menjelaskan lagi maksud diabesity, World Wide Words menurunkan catatan berikut: “Para doktor di Barat dan di negara-negara membangun di Asia sangat bimbang terhadap lonjakan penyakit kencing manis. Penyakit ini dahulunya menyerang orang tua, namun kini semakin galak menghinggapi orang muda dan kanak-kanak yang gemuk.”
“Seseorang yang lampau berat─satu lagi masalah yang mewabak di Barat─sangat terdedah kepada serangan kencing manis, sehingga kedua-duanya dianggap akrab terjalin dalam maksud perkataan diabesity.”
Laman web itu seterusnya memetik laporan akhbar Guardian 10 Mei 2003: “Berganding tangan dengan kadar obesiti ialah kadar kencing manis yang melonjak. Di Amerika, gandingan ini mendapat nama baharu: diabesity.”
International Diabetes Institute yang berpangkalan di Victoria, Australia juga memberikan jolokan yang sama kepada gandingan obesiti dan kencing manis: “Kita sedang berdepan dengan cabaran sejagat peningkatan penyakit kencing manis dan obesiti dan penyakit terbitan daripada kedua-duanya.”
“Serangan penyakit kencing manis sudah mencecah paras pandemik dan bilangan pengidapnya akan terus meningkat dengan pantas─daripada 190 juta ketika ini kepada 335 juta pada tahun 2025. Kaitan antara kencing manis dan kegemukan pula sangat ketara sehingga istilah diabesity telah digunakan dengan meluas untuk memperihalkan wabak berkembar kencing manis dan kegemukan.”
Di Kanada pula, Heart and Stroke Foundation melaporkan, antara tahun 1994 dan 1955, kadar kegemukan dalam kalangan yang berumur 35 hingga 49 tahun telah meningkat sebanyak 20 peratus. Peningkatan kadar kegemukan sebanyak 20 peratus itu diiringi dengan peningkatan 127 peratus penyakit darah tinggi dan lonjakan 67 peratus penyakit kencing manis.
Mengulas laporan tersebut, ketua jabatan kardiologi di Kingston General Hospital dan pensyarah di sekolah perubatan Queen University Dr. Chris Simson berkata: “Gambaran biasa pengidap sakit jantung ialah lelaki berusia 65 tahun, perokok, mengidap darah tinggi dan kencing manis, dan gemuk. Kini, gambaran tersebut meliputi juga wanita berusia 45 tahun, gemuk, merokok dan mengidap kencing manis.”
Manakala di negara kita, Bernama 11 Januari 2010 memetik Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr. Mohd Ismail Merican sebagai berkata ‘sebanyak 1.4 juta dewasa berumur lebih 30 tahun mengidap kencing manis pada tahun 2006, yakni peningkatan sebanyak 80 peratus dalam tempoh 10 tahun, 1996─2006’.
Tan Sri Dr. Mohd Ismail Merican: “Perkembangan ini membimbangkan. Kegemukan masih menjadi sebab-musabab serangan kencing manis, khususnya dalam kalangan penduduk negara ini.”
Jelaslah kegemukan dan lampau berat mengundang kencing manis. Kencing manis bermakna banyak gula dalam darah.
Darah yang sarat gula ini boleh merosakkan buah pinggang, merosakkan saraf, merosakkan saluran darah pada retina mata, meninggikan tekanan darah dan seterusnya membebankan jantung. Tidak hairanlah mengapa penyakit kardiovaskular, misalnya sakit jantung, menjadi punca utama kematian penderita diabesity─pengidap kegemukan dan kencing manis.
Justeru kencing manis adalah kegemukan, maka menurunkan berat badan dan menghapuskan kegemukan dapat mencegah hinggapan ‘si manis’ pembunuh itu. Sekali gus menyekat kedatangan pembunuh bawaannya─penyakit kardiovaskular.
Cara mudah untuk menurunkan berat badan dan menghapuskan kegemukan ialah dengan mengamalkan pemakanan sihat. Pemakanan sihat yang berkesan ialah dengan mengurangkan pengambilan makanan berkanji, bergula dan berlemak serta membekali badan secukupnya dengan protin, serat, vitamin dan mineral.
New Image International, New Zealand memperkenalkan SLIM DIET II, produk kesihatan dan kelangsingan yang mengandungi pati protein kacang soya, asid amino perlu, serat, vitamin dan mineral bagi menyekat kemaraan lampau berat, kegemukan dan kencing manis.
Hubungi Representatif New Image Dzulhijah Sokarno untuk menikmati sari nutrisi dan manfaat kesihatan dalam SLIM DIET II. Telefon 0176782917 atau e-mel kepada dzulhijah@gmail.com, sekarang.
Monday, January 25, 2010
TAK PERLU BERLAPAR UNTUK LANGSING DAN SIHAT, MINUM PATI PROTIN KACANG SOYA – SLIM DIET II
Protin ialah batu-bata kehidupan. Tanpanya tisu dan organ tidak akan terbina dengan sempurna, tanpanya tubuh tidak membesar, tanpanya kerosakan sel tidak dapat dipulihkan.
SLIM DIET II (SD II) membekalkan pati protin kacang soya yang bebas daripada lemak dan kolesterol. Empat gelas sehari, SDII membekalkan seratus peratus keperluan protin dan zat makanan kepada badan yang langsing dan sihat. Tanpa nasi, namun tetap rasa kenyang. Tanpa karbohidrat, namun kekal cergas. Tanpa lemak, namun kulit kekal gebu. Berat badan berkurang, namun badan tetap pejal tidak menggeleber. Tidak perlu berlapar, tidak perlu berpuasa, tidak perlu berdahaga, minum dua liter air sehari.
Selain protin, SDII mengandungi serat, asid amino perlu (isoleucine, leucine, lysine, methionine, phenyalanine, histidine, threonine, trytophan dan valine), vitamin (A, B1, B2, B6, B12, C, D, E) dan garam galian (asi folik, niacin, kalsium, iodin, besi, magnesium dan zink).
Bagaimana SD II melangsingkan badan? SD II menurunkan berat badan secara semula jadi menerusi PSMF, PROTEIN SPARING MODIFIED FAST.
PSMF merawat obesiti dengan membekalkan protin. Oleh itu tisu dan organ tidak terjejas. Otot-otot tidak merosot dan tubuh tidak mengecut. Kulit kekal tegang dan gebu. Dengan tidak mengambil karbohidrat (nasi, mi, roti, kentang), lemak yang bertimbun pada bahagian perut dan pinggang dibakar bagi menghasilkan tenaga. Jisim badan berkurang, tubuh menjadi langsing.
PSMF merupakan model pelangsingan badan yang diasaskan oleh pakar perubatan Harvard Medical School, Dr. George Cahill dan Dr. George Blackburn, dan dikembangkan serta dipraktikkan dengan jayanya oleh pakar perubatan endokrinologi obesiti Dr. Peter Vash di Vash Center for Metabolic Weight Management, California, USA.