Protin ialah batu-bata kehidupan. Tanpanya tisu dan organ tidak akan terbina dengan sempurna, tanpanya tubuh tidak membesar, tanpanya kerosakan sel tidak dapat dipulihkan.
SLIM DIET II (SD II) membekalkan pati protin kacang soya yang bebas daripada lemak dan kolesterol. Empat gelas sehari, SDII membekalkan seratus peratus keperluan protin dan zat makanan kepada badan yang langsing dan sihat. Tanpa nasi, namun tetap rasa kenyang. Tanpa karbohidrat, namun kekal cergas. Tanpa lemak, namun kulit kekal gebu. Berat badan berkurang, namun badan tetap pejal tidak menggeleber. Tidak perlu berlapar, tidak perlu berpuasa, tidak perlu berdahaga, minum dua liter air sehari.
Selain protin, SDII mengandungi serat, asid amino perlu (isoleucine, leucine, lysine, methionine, phenyalanine, histidine, threonine, trytophan dan valine), vitamin (A, B1, B2, B6, B12, C, D, E) dan garam galian (asi folik, niacin, kalsium, iodin, besi, magnesium dan zink).
Bagaimana SD II melangsingkan badan? SD II menurunkan berat badan secara semula jadi menerusi PSMF, PROTEIN SPARING MODIFIED FAST.
PSMF merawat obesiti dengan membekalkan protin. Oleh itu tisu dan organ tidak terjejas. Otot-otot tidak merosot dan tubuh tidak mengecut. Kulit kekal tegang dan gebu. Dengan tidak mengambil karbohidrat (nasi, mi, roti, kentang), lemak yang bertimbun pada bahagian perut dan pinggang dibakar bagi menghasilkan tenaga. Jisim badan berkurang, tubuh menjadi langsing.
PSMF merupakan model pelangsingan badan yang diasaskan oleh pakar perubatan Harvard Medical School, Dr. George Cahill dan Dr. George Blackburn, dan dikembangkan serta dipraktikkan dengan jayanya oleh pakar perubatan endokrinologi obesiti Dr. Peter Vash di Vash Center for Metabolic Weight Management, California, USA.